KDN FC-GTR Burger jalin kerjasama

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan GTR Burger bagi memperluaskan entiti perniagaan dan penjenamaan di antara kedua-dua pihak.

- Advertisement -

Pengurusan KDN FC diwakili presidennya, Rozi Muhamad manakala GTR Burger diwakili pengerusinya, Nordin Mat bertempat di pejabat KDN FC di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.

Pada MoU itu GTR Burger memberi penerangan menyeluruh berkenaan produk dan jenama mereka kepada pengurusan KDN FC serta kelebihan yang akan diperolehi.

Sementara itu, pada perkembangan lain KDN FC akan berdepan Sabah FC dalam perlawanan Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam ini.

Baru-baru ini, skuad Kijang Emas tewas 0-1 kepada Sri Pahang FC dalam perlawanan pertama di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh 11 Mei lalu.

Rozi turut berharap peminat bola sepak di Kelantan datang beramai-ramai bagi menyaksikan perlawanan tersebut malam ini. – HARAKAHDAILY 17/5/2024

- Advertisement -