22 syarikat taja Terengganu FC musim 2024/2025

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 22 syarikat penaja Terengganu FC (TFC) pada musim 2024/2025 dengan jumlah lebih RM8 juta meliputi tajaan wang tunai dan perkhidmatan.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Hishamuddin Abdul Karim mengalu-alukan kesudian pihak penaja TFC turut bersama-sama dalam rangka kerjasama strategik yang membawa manfaat dua hala.

“Secara keseluruhan TFC mempunyai 22 syarikat penaja dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM8.332 juta yang meliputi sebanyak RM6.310 juta bagi tajaan wang tunai dan RM2.022 juta bagi tajaan perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Dan Hi-Tea Rakan Penaja TFC, di Cindai Ballroom, Duyong Marina & Resort, Pulau Duyung, di sini, semalam.

Katanya, kerjasama daripada para penaja dalam mengharungi musim Liga Malaysia amatlah dialu-alukan sekali gus membantu TFC dalam mengharungi musim 2024/2025 dengan baik serta memberi manfaat kepada semua penaja di dalam setiap urusan sama ada perniagaan mahupun jenama.

“Sekali lagi saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penaja yang sentiasa memberi komitmen penuh kepada pasukan TFC yang kita sayangi.

“Diharapkan setiap usaha yang dilaksanakan oleh kita akan sentiasa diberkati oleh Allah SWT,” katanya. – HARAKAHDAILY 17/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -