Suami maklum keadaan Badariah semakin positif

- Advertisement -

KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Wan Badariah Wan Saad menunjukkan perkembangan positif dalam proses rawatannya selepas ditidurkan kelmarin, demikian maklum suami beliau, Ustaz Sabri Saad.

- Advertisement -

“Alhamdulillah perkembangan Kak Wan (panggilan mesra) semakin positif, lebih baik dari hari pertama dimasukkan sebelum ini, ubat yang diberikan pun sesuai dengan dia,” katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini hari ini.

Beliau sehubungan itu memohon seluruh rakyat agar mendoakan kebaikan dan kesembuhan buat Wan Badariah yang juga ADUN Mata Ayer dalam menjalani rawatan disebabkan komplikasi akibat penyakit tiroid.

Sabri ditemui ketika Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, Nor Shahirah Mat Salleh datang menziarahi Badariah yang dimasukkan ke hospital itu sejak kelmarin.

ADUN Mata Ayer itu sebelum ini merupakan seorang peguam berasal dari Padang Siding adalah calon wanita pertama dari PAS Perlis bertanding kerusi tersebut pada PRU15 lalu. – HARAKAHDAILY 16/5/2024

- Advertisement -