Beraksi di laman sendiri beri kelebihan KDN FC

- Advertisement -

KOTA BHARU: Ketua Jurulatih Kelantan Darulnaim FC (KDN FC) berharap pasukan Kijang Emas itu bangkit semula selepas dikecewakan Sri Pahang Sabtu lalu.

- Advertisement -

Park Jae-hong berkata, situasi agak berbeza pada perlawanan kedua Jumaat ini di mana Sabah FC bertandang ke Kelantan pada perlawanan di Stadium Sultan Muhammad IV.

Katanya, kelebihan perlawanan dengan Sabah FC dalam saingan Liga Super kali ini di hadapan penyokong sendiri bagi membolehkan pasukan tuan rumah mengutip mata.

“Kita mahu memungut mata pertama pada saingan liga musim ini selepas tewas ketika bertemu Sri Pahang,” katanya pada kenyataan hari ini.

Pada aksi pembukaan di Stadium Temerloh bagi saingan Liga Super pasukan Kelantan kecundang hasil jaringan gol tunggal Manuel Hidalgo membolehkan Sri Pahang mengutip mata pertama.

Bagi perlawanan kedua Jumaat ini Park Jae-hong merencana tumpuan jentera serangan bagi menghasilkan jaringan pada pertemuan dengan Sabah.

“Bagaimanapun kita tetap berhati-hati dengan kekuatan pasukan pelawat dan tidak memandang ringan kebolehan mereka.

“KDN FC sedar Sabah FC turut dibarisi pemain kebangsaan dan kualiti keseluruhan skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee tidak boleh dipertikai,” katanya.

Bagaimanapun beliau yakin dapat menyediakan barisan pemain terbaik untuk memenangi perlawanan di laman sendiri. – HARAKAHDAILY 16/5/2024

- Advertisement -