ADUN bantu remaja OKU untuk dapat lesen E

- Advertisement -

BALING: Walaupun di luar keupayaan insan normal lain, namun remaja orang kelainan upaya (OKU), Mohd Firdaus Wahab tidak pernah luntur semangat untuk bersaing, sebaliknya gigih mengurus hal sendiri kerana tidak mahu membebankan keluarga mahupun pihak lain.

- Advertisement -

ADUN Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria mengakui bahawa kecacatan fizikal yang dialami Firdaus sememangnya sukar untuk memohon pekerjaan di mana-mana sektor, semasa berkunjung ke kediaman keluarga remaja itu di Kampung Kejai, di sini semalam.

“Tapi dia tetap gigih, walaupun dalam keadaan kurang upaya, dia bersemangat melakukan kerja-kerja sendiri untuk menampung kehidupannya tanpa mengharap ihsan dari orang lain,” kata beliau di samping mahukan kegigihan itu dijadikan contoh oleh remaja lain.

Justeru, ujar Mansor, sebagai membantu Firdaus meneruskan kehidupan serta mempunyai sumber pendapatan, pihaknya memberi sedikit bantuan bagi membolehkan remaja OKU itu menduduki ujian memandu lesen E (lori) untuk mencari peluang pekerjaan.

“Saya mendoakan beliau berjaya dan dipermudahkan semua urusannya oleh Allah SWT,” jelasnya lagi. – HARAKAHDAILY 16/5/2024

- Advertisement -