ADUN Mata Ayer stabil, kini dirawat di HTF

- Advertisement -

KANGAR: Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri, Wan Badariah Wan Saad ketika ini berada dalam keadaan stabil dan di bawah pemantauan pihak hospital.

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, pihaknya menyeru agar semua rakyat mendoakan kebaikan dan kesembuhan buat Exco tersebut.

“Yang Berhormat (YB) Wan Badariah masih dipantau oleh doktor dan saya dapat maklumat ada bahagian yang kritikal umpamanya jantung.

“Kita doakan dia cepat sembuh, punca awal tiroid. Terbaharu saya dimaklumkan tengah hari ini dia stabil,” katanya ketika ditemui di Pejabat Menteri Besar, di sini hari ini.

Mohd Shukri memaklumkan juga, pihaknya mengesyorkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer itu bercuti dahulu bagi menjalani rawatan sehingga sembuh.

“Saya bagi dia cuti dululah, untuk buat rawatan yang lebih sempurna. Dia masih ditidurkan tapi stabil selepas dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah semalam.

“Kita belum buat keputusan lagi samada tugasan beliau akan dipangku oleh orang lain,” katanya.

Wan Badariah kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah selepas dimasukkan ke hospital berkenaan petang semalam. – HARAKAHDAILY 15/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -