Ketengah pelapis untuk pimpin parti, masyarakat

- Advertisement -

TAWAU: Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau tidak tandus daripada memiliki pelapis yang berpotensi sebagai pemimpin parti dan masyarakat.

- Advertisement -

Ketuanya, Mandina Ladale berkata, keperluan untuk mengetengahkan pelapis pimpinan amat perlu kerana memiliki wawasan dan kemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan.

Beliau menyatakan demikian semasa menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS kawasan ke 31 di SRIF Taman Ria, di sini kelmarin.

Selain itu, beliau juga mengingatkan agar para perwakilan membuat KPI untuk menambah ahli di cawangan masing-masing.

Semasa sesi perbahasan, para perwakilan hangat mengutarakan persoalan berkaitan keahlian serta  keberkesanan program-program yang telah diadakan.

Selain itu, mereka memberi cadangan dan solusi untuk memperbaiki lagi gerak kerja demi berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dijangka pada tahun hadapan.

Perwakilan daripada PAS Cawangan Kampung Jawa, Misrah Sirah telah menutup sesi ucapan penangguhan dengan mendeklamasi sajak tema mesyuarat agung iaitu Mantapkan Tarbiah, Perkasakan Dakwah yang disampaikan dengan penuh semangat.

Mesyuarat ditutup dengan laungan doa wehdah yang pimpin oleh Ketua Ameerah, Marwiyah Othman.

Lima cawangan Muslimat PAS telah menghantar perwakilan ke mesyuarat agung tersebut iaitu Taman Ria, Kampung Jawa, Sabindo, Ranggu dan Taman Sawit. – HARAKAHDAILY 14/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -