Juru dakwah penting dalam politik Islam

Sahar Abdul Majid
- Advertisement -

SANDAKAN: Sifat sebagai juru dakwah dalam politik Islam adalah sangat penting, kata Setiausaha PAS Sabah, Sahar Abdul Majid.

- Advertisement -

Beliau menekankan sifat seorang juru dakwah mesti mempunyai kasih sayang terhadap umat dan masyarakat.

Ini, katanya membantu dalam menyebarkan pesan agama dengan penuh kelembutan dan kepedulian.

“Sifat belas kasihan membantu juru dakwah memahami penderitaan dan kesulitan yang dihadapi oleh orang lain. Dengan memiliki sifat ini, mereka dapat memberikan bantuan dan nasihat yang relevan,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Sandakan kali ke 22, di sini kelmarin.

Katanya, tugas juru dakwah juga ialah mengeluarkan masyarakat dari belenggu ketidakadilan dan kejahilan agama, di samping membimbing masyarakat agar memahami ajaran agama dengan benar dan menghindari praktikal yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Tambahnya, juru dakwah mesti sentiasa menguatkan pergantungan kepada Allah dalam semua urusan.

“Mendahului Allah dalam setiap langkah dan keputusan yang diambil. Kekuatan iman dan doa adalah kunci kesuksesan dalam dakwah,” ujarnya lagi.

Sahar turut meninggatkan ahli agar fokus pada gerakan menuju Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 tidak lama lagi.

Katanya, ia adalah langkah yang penting untuk memastikan PAS Sabah terus relevan dan diterima.

Dalam konteks politik pula, sambungnya, ahli mesti fokus kepada tujuan dan strategi yang jelas agar  dapat mencapai hasil yang diinginkan.

“Semoga gerak kerja yang dilakukan ini akan berhasil dan memberi impak besar dan bermanfaat kepada perjuangan PAS di Sabah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 13/5/2024

- Advertisement -