PRK KKB: Cuaca tempat mengundi pagi cerah, panas terik

Cuaca di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Ulu Yam Lama, Batang Kali, Selangor yang kelihatan panas terik pada pagi hari ini, 11 Mei 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulikiflee)
- Advertisement -

HULU SELANGOR: Cuaca hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) pada hari ini mengalami cuaca panas terik pada sebelah pagi.

Menurut ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), sebelah pagi dijangka cerah, namun ribut petir diramalkan pada sebelah petang.

- Advertisement -

“Ramalan terkini serta amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia turut dipaparkan di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, www.met.gov.my.

“Untuk maklumat cuaca terkini, anda boleh dapatkan melalui aplikasi myCuaca dan media sosial rasmi METMalaysia,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak, turut menasihatkan pengundi warga KKB mengikut cadangan masa keluar mengundi yang digalakkan dan mengelak daripada keluar pada saat akhir.

Imalrudin berkata, pengundi juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan dan catatan maklumat pengundian serta menunjukkannya kepada Kerani Pengundian Pertama (KP1) di saluran tempat mengundi masing-masing.

Hal demikian, katanya, bagi memudahkan semakan nama pengundi serta membantu kelancaran proses pengundian pada Hari Mengundi.

“Semakan awal maklumat pengundian seperti maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan boleh dibuat melalui portal semakan menerusi pautan https://mysprsemak.spr.gov.my atau hubungi Hotline SPR di talian 03-8892 7218 atau melalui aplikasi MySPR Semak,” katanya. – HARAKAHDAILY 10/5/2024

- Advertisement -