Wajar dihulur bantuan segera individu terlibat bencana

Dato' Mohd Amar Abdullah
- Advertisement -

KOTA BHARU: Mangsa yang terlibat dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur Selasa lalu diharap diberi kekuatan menghadapi kejadian tersebut.

- Advertisement -

Speaker DUN Kelantan, Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, beliau berharap keluarga terbabit bersabar menempuh ujian tersebut.

Katanya, bantuan segera wajar diberi kepada individu yang terlibat dengan bencana melanda negara sekarang.

“Sewaktu singgah di Gua Musang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur Selasa Lalu saya menerima berita sedih kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail.

“Takdir Tuhan yang tidak diduga. Di Kelantan sedang kemarau, manakala hujan ribut dan banjir kilat di beberapa tempat di tanah air. Takziah dan semoga diberikan kekuatan,” katanya pada hantaran di laman sosialnya.

Pada kejadian jam 2 petang Selasa lepas seorang lelaki maut sementara dua lagi cedera selepas pokok tumbang menghempap 17 kenderaan dan landasan Monorel, akibat hujan lebat serta angin kuat.

Jenazah Allahyarham Md Rizal Atan, 47, seorang pemandu peribadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam semalam.

Mohd Amar juga berkata, beberapa negeri termasuk Kelantan berhadapan dengan musim kemarau panjang, namun ada negeri di Pantai Barat menerima hujan sehingga berlaku banjir kilat. – HARAKAHDAILY 9/5/2024