Pusat Latihan Wanita dinaik taraf institusi bertauliah

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan negeri merancang menaik taraf Pusat Latihan Wanita OKU dan Armalah (PLWOA) sebagai sebuah institusi bertauliah bagi memberi nilai tambah kepada peserta.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita, Rohani Ibrahim berkata, sehingga sekarang ribuan pelatih menyertai kursus jahitan dan kulinari.

Malah katanya ada yang sudah bergelar sebagai usahawan berjaya.

Menurutnya cadangan tersebut dilaksana bagi meningkatkan kredibiliti dan keberkesanan kursus yang ditawarkan dalam usaha memperkasakan golongan wanita dalam bidang sosio ekonomi.

“Penaiktarafan PLWOA sebagai pusat bertauliah diharap dapat meningkatkan aksesibiliti serta kualiti latihan dan bimbingan yang disediakan kepada wanita Kelantan.

“Pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri bagi memerkasakan wanita OKU dan armalah berkaitan pembangunan ekonomi rakyat,” katanya di sini.

Rohani yang juga ADUN Tanjung Mas berkata, kerajaan negeri akan menganjurkan Konvensyen Pemerkasaan Kepimpinan Wanita pada Oktober hadapan.

Kata beliau konvensyen itu bertujuan memberi tumpuan kepada pembangunan dan penjenamaan kepimpinan wanita dalam masyarakat.

“Diharap konvensyen tersebut akan menjadi platform penting untuk menyatukan idea dan strategi bagi memperkukuhkan peranan wanita,” katanya. – HARAKAHDAILY 9/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -