Pengundi KKB akan bertindak untuk kecewakan DAP, Umno

Roslan Shahir (kanan) bersama petugas PN dalam aktiviti kempen PRK DUN Kuala Kubu Bharu.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: PH-Umno diminta untuk tidak sesekali merendah-rendahkan kematangan dan kemampuan politik Melayu di kawasan Hulu Selangor khususnya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB).

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Kawasan Subang, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, secara tiba-tiba DAP menggunakan Umno untuk menarik pengundi Melayu dengan hujah kononnya Umno akan menghadiahkan undi Melayu buat kemenangan DAP di KKB.

Menurutnya, rakyat di kawasan Hulu Selangor telah menolak PH-Umno di Parlimen dan dua kerusi DUN, justeru tidak mustahil di KKB akan menatijahkan hasil yang sama iaitu hadiah ‘0’ kepada DAP yang mewakili PH-Umno.

“Umno main isu agama, sampai hari ini tiada tindakan. Apa pun insya-Allah rakyat pengundi KKB yang bijak akan bertindak 11 Mei ini untuk kecewakan DAP dan Umno,” ujar beliau dalam media sosial miliknya hari ini.

Ujarnya, rakyat sekali lagi diberi peluang untuk memilih calon yang pada kiraannya paling layak dan sesuai membawa suara mereka di DUN KKB dan rakyat di Malaysia semasa kempen pilihan raya diberi kebebaaan sepenuhnya untuk membuat pilihan.

Dalam pada itu parti politik masing-masing mengemukakan calon dan bebas berkempen dan bertemu rakyat serta akhirnya pengundi yang akan menentukan tanpa paksaan atau tekanan.

“Walau bebas berkempen, kebebasannya bukanlah mutlak sehingga boleh serang keterlaluan peribadi, lempar fitnah apa lagi guna isu agama,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh video tular sekarang veteran Umno Hulu Selangor mengenai calon DAP yang dikaitkan dengan ‘ulil amri’.

“Begitu sekali terdesak Umno mahu meyakinkan kawan-kawan baru mereka dari DAP bahawa Umno masih relevan dan mampu menguasai pengundi Melayu.

“Soalnya masih adakah pengudi Melayu yang boleh terima Umno di sini? Di Hulu Selangor ini kerusi DUN Hulu Bernam yang dulunya kerusi tradisi Umno, yang terakhir diwakili Ketua Wanita Umno Selangor hari ini telah tumbang dan menjadi milik PN-PAS.

“Kerusi DUN Batang Kali dulunya diwakili Pengerusi Umno Selangor, dalam PRN baru-baru ini Ketua Bahagian Umno (juga) tumbang kepada calon PN-Bersatu,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 9/5/2024

- Advertisement -