KOTA BHARU: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) membuka permohonan bagi program Ijazah Sarjana (Master) Dirasat Islamiyyah bagi sesi 2024/2025.
KIAS pada kenyataan semalam berkata, yuran pengajian sebanyak RM500 dikurangkan bagi pelajar yang mendaftar tahun ini dan ia hanya terhad semester pertama dan kedua.
“Insentif yuran bagi pelajar yang membuat pendaftaran tahun ini bermula pada 1 Julai dan ditutup pada 31 Julai 2024.
“Langkah berkenaan bagi menarik lebih ramai pelajar menyertai program tersebut yang dikendalikan di bawah Fakulti Pengajian Islam Kontemporari,” katanya di sini.
Menurutnya penawaran pengajian peringkat sarjana dibuat selepas KIAS mendapat kelulusan daripada Jabatan Pengajian Tinggi untuk mengendalikan pengajian tersebut.
Maklumat lanjut boleh hubungi talian 016-9877 774 dan 019-9203 202 atau melayari laman sosial Facebook, Fakulti Pengajian Islam Kontemporari KIAS.
KIAS turut membuka peluang pelajar yang berminat meneruskan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang tertentu.
KIAS sebuah pusat pengajian milik kerajaan Kelantan, mempunyai kampus tetap di Nilam Puri bermula dengan Maahad ad Dakwah Wal Imamah pada 1 Jun 1994 sebelum dinaik taraf sebagai kolej universiti pada 23 Mac 2021. – HARAKAHDAILY 9/5/2024