Cuaca panas ujian jemaah haji Malaysia

- Advertisement -

KOTA BHARU: Keadaan cuaca panas dan suhu yang berbeza berbanding di Malaysia merupakan antara ujian besar bagi jemaah haji dari negara ini.

- Advertisement -

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, cuaca panas boleh menyebabkan kemungkinan berlaku tekanan dan emosi jemaah haji.

Katanya paling utama diharap jemaah haji boleh merebut peluang yang diberi oleh Allah Taala dengan memperbanyakkan amal ibadat dan menjaga hubungan baik dalam kalangan jemaah.

“Serta banyak bersabar dengan keadaan cuaca yang panas insya-Allah kita mendapat haji yang mabrur.

“Jadi kesan yang kita boleh lihat keadaan kita berubah ke arah yang lebih baik,” katanya ketika mengucapkan Selamat Jalan kepada Jemaah Haji ke Tanah Suci di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra di Panji, malam tadi.

Seramai 2,362 jemaah haji kumpulan pertama dan kedua berumur 16 tahun hingga 90 tahun dari Kelantan terpilih untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

JumlAh keaeluruhan jemaah haji dari Malaysia seramai 31,600 orang.

Jemaah dari Kelantan berlepas melalui dua penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa ke Lapangan Terbang Antabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu dan Khamis.

Setiap tahun kerajaan negeri menyalurkan sumbangan sebanyak RM300,000 kepada jemaah haji dari Kelantan bagi membantu melancarkan urusan penerbangan jemaah haji dari stesen di Kota Bharu ke KLIA. – HARAKAHDAILY 9/5/2024

- Advertisement -