Yayasan PKINK sumbang 105 katil pesakit di 35 DUN

- Advertisement -

KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menganugerahkan Ikon Usahawan PKINK kepada tiga usahawan sempena sambutan Hari Raya PKINK 2024 semalam.

- Advertisement -

Usahawan terbabit iaitu SRA Global Resources menghasilkan Muruku Hannars dan Kerepek Lembayung.

Selain itu Al-Muslih Solutions Sdn Bhd (produk semburan organik, sabun dan serbuk kopi) dan Fatha Marketing (pes makanan, sos dan produk ‘ready to eat’) yang lebih dikenali dengan jenama Chef Ustazah.

Setiap usahawan terbabit menerima hadiah bernilai RM2,000 serta piala yang disampaikan Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud.

Anugerah tersebut dipilih berdasar prestasi syarikat, kualiti produk dan kegigihan usahawan terbabit mengembangkan perniagaan mereka.

Pada majlis itu juga PKINK menyampaikan sumbangan peralatan perniagaan kepada usahawan terpilih.

Manakala 146 orang menerima duit raya. Mereka terdiri daripada pelajar, guru, anak istimewa dari Bizara Care Centre, Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa’ Siti Aminah, Maahad Tahfiz Darul Huffaz.

Duit raya juga disampaikan kepada pelajar Maahad Tahfiz Darul Ulum Al-Furqani, Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Tahfiz Al-Fateh dan PASTI Little Huffaz Kok Lanas.

PKINK melalui Yayasan Iktisad Negeri Kelantan turut menyumbang 105 katil hospital bagi kegunaan pesakit di 35 DUN bagi program Wakaf Katil Hospital 2024. – HARAKAHDAILY 8/5/2024

- Advertisement -