Solat istisqa’ perlu diada secara berterusan

Mohd Asri Mat Daud
- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat Kelantan disaran meneruskan solat sunat istisqa’ bagi memohon agar diturunkan hujan memandangkan keadaan kemarau yang masih berlarutan sehingga sekarang.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Mohd Asri Mat Daud berkata, usaha berkenaan perlu diteruskan memandangkan cuaca masih kering.

“Kita melihat usaha melaksanakan solat tersebut turut memberi kesan termasuk berlaku cuaca menjadi redup serta hujan turun di beberapa tempat.

“Kita berharap hujan turun secara menyeluruh di seluruh negeri bagi menampung keperluan kehidupan di muka bumi terutama di kawasan-kawasan kering kontang,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darulnaim hari ini.

Pada akhir Ramadan selepas solat istisqa’ dianjurkan kerajaan negeri di seluruh Kelantan. Berikutan itu hujan mencurah-curah di beberapa tempat termasuk Kota Bharu pada 1 Syawal.

Dan Jumaat lepas masjid-masjid bandar dan mukim di Kelantan turut menganjur solat istisqa di seluruh jajahan.

Mohd Asri juga berkata, solat sunat istisqa’ turut dianjurkan beberapa agensi dan sekolah bagi memohon diturunkan hujun. – HARAKAHDAILY 8/5/2024

- Advertisement -