Kelantan turut selaras kenaikan gaji penjawat awam

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan pada dasar setuju untuk menyelaras kenaikan gaji kakitangan awam negeri, sebagaimana diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Mei lepas.

- Advertisement -

Menteri Besar Dato’ Panglima Perang Ustaz Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri sedia menyelaras gaji kakitangan awam negeri mengikut kerajaan Persekutuan.

“Kita akan ikut langkah kerajaan Persekutuan… kita akan selaras insya-Allah,” katanya kepada media pada sambutan majlis Hari Raya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di sini semalam.

Hadir sama anggota-anggota Exco kerajaan negeri, wakil-wakil rakyat, pegawai kanan kerajaan dan Ketua Pegawai Eksekutif PKINK Dato’ Sr Zamri Ismail.

Sempena sambutan Hari Buruh pada 1 Mei lepas perdana menteri mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus mulai Disember 2024.

Berikutan itu jurucakap Kerajaan Madani Fahmi Fadzil dilapor berkata, perincian mengenai kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober hadapan.

Bagaimanapun menurut Ketua Penerangan Bersatu Datuk Razali Idris, kenaikan gaji hanya akan berlaku sekiranya Belanjawan 2025 yang dibentang Menteri Kewangan mendapat sokongan majoriti ahli parlimen.

Menurutnya kenaikan gaji penjawat awam persekutuan bukan berlaku secara automatik, sebaliknya perlu mendapat kelulusan parlimen terlebih dahulu. – HARAKAHDAILY 8/5/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -