‘Street Art for Cities Mental Health’ di Kangar

- Advertisement -

KANGAR: Kangar telah dipilih sebagai lokasi untuk inisiatif ‘Street Art for Cities Mental Health’ untuk menjayakan Agenda Nasional Malaysia Sihat. 

- Advertisement -

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, program itu bertujuan untuk mengimbangi kehidupan harian melalui aktiviti fizikal dan terapi minda menggunakan seni jalanan.

“Pemilihan Kangar untuk menjayakan agenda ini adalah satu keistimewaan bagi rakyat negeri Perlis dan ia juga julung kali diadakan.

“(Program ini) untuk menggalakkan gaya hidup sihat melalui pelbagai pendekatan media termasuk media sosial, konvensional, cetak, dan digital,” jelasnya.

Dalam pada itu, pihaknya juga menarik perhatian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkaitan permohonan  10 projek keutamaan negeri Perlis di bawah Rolling Plan Kelima RMK12.

“Antara projek yang ditekankan adalah Cadangan Pembangunan Tempat Letak Kenderaan Bertingkat di Kuala Perlis,” tambahnya lagi.

Shukri berkata demikian ketika berucap sempena Program Agenda Nasional Malaysia Sihat di Kangar Street Art, di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Menteri KPKT,  Nga Kor Ming yang hadir merasmikan majlis berkenaan menyokong inisiatif tersebut dengan peruntukan sebanyak RM100,000. 

KPKT juga meluluskan peruntukan RM2.96 juta untuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sena bagi tujuan penggantian enam unit lif, serta RM1.5 juta untuk Kajian Rancangan Struktur Negeri Perlis 2040 (Kajian Semula).

Menurut beliau, ia bagi memperkasakan pembangunan bandaraya Perlis.  – HARAKAHDAILY 7/5/2024

- Advertisement -