Rusia umumkan latihan senjata nuklear taktikal

Presiden Rusia, Vladimir Putin. (FOTO: France 24)
- Advertisement -

MOSCOW: Rusia bakal mengadakan latihan yang akan termasuk mengenai penggunaan senjata nuklear taktikal, beberapa hari selepas pemimpin tertinggi Eropah menyuarakan sokongan ketenteraan yang lebih kuat untuk Ukraine.

Kremlin berkata pada hari Isnin, latihan ketenteraan yang diarahkan oleh Presiden Rusia Vladimir Putin adalah sebagai tindak balas kepada kenyataan oleh negara-negara Barat dan anggota NATO mengenai menghantar tentera ke Ukraine.

- Advertisement -

“Ia termasuk latihan untuk penyediaan dan penggunaan senjata nuklear bukan strategik yang bertujuan untuk ‘meningkatkan kesediaan … untuk memenuhi tugas tempur’ selepas ‘kenyataan provokatif dan ancaman pegawai Barat tertentu’, kata Kementerian Pertahanan, lapor Al Jazeera.

Pasukan nuklear strategik Rusia kerap mengadakan latihan tetapi kenyataan terbaharu Moscow itu menandakan pengumuman awam pertama latihan yang melibatkan senjata nuklear taktikal, yang biasanya lebih kecil dalam hasil – merujuk kepada jumlah kuasa yang dikeluarkan ketika letupan, daripada senjata nuklear strategik yang direka untuk memusnahkan seluruh bandar.

Tindakan itu menandakan peningkatan ketegangan yang meningkat sejak Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata pada minggu lalu bahawa negaranya akan mempertimbangkan untuk menghantar tentera darat ke Ukraine jika Kyiv meminta sokongan. 

Sehari kemudian, Setiausaha Luar United Kingdom, David Cameron berkata Ukraine boleh menggunakan senjata British terhadap sasaran di dalam Rusia jika ia mahu. – HARAKAHDAILY 7/5/2024

- Advertisement -