Polis pantau keselamatan pemain bola sepak

- Advertisement -

KOTA BHARU: Polis Kelantan akan mempertingkatkan pemantauan keselamatan pemain sepanjang berlangsung Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang bermula minggu ini.

- Advertisement -

Ketua Polis Kelantan, Dato’ Muhamad Zaki Harun berkata, langkah itu susulan berlakunya insiden membabitkan dua pemain kebangsaan yang diserang sehingga mendatangkan kecederaan.

Katanya pelbagai strategi akan disusun bagi memastikan perlawanan yang dijangka berlangsung berjalan lancar.

“Kita memandang serius perkara ini dan akan mencari pendekatan terbaik bagi memastikan sepanjang perlawanan MFL berlangsung dengan lancar.

“Kita juga sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengawal ketat pemain serta menjaga keselamatan mereka sepanjang perlawanan berlangsung,” katanya pada sambutan Hari Raya di Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan semalam.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Almarhum Tengku Abdul Hamid. (Foto atas)

Media sebelum ini melaporkan seorang pemain pasukan Terengganu FC Akhyar Rashid dipercayai dipukul dan samun Khamis lalu.

Manakala bintang Selangor FC dan skuad kebangsaan, Faisal Halim mengalami kecederaan di bahagian lengan dan badannya selepas diserang individu tidak dikenali dengan menggunakan bahan dipercayai asid. – HARAKAHDAILY 7/5/2024

- Advertisement -