Pelajar universiti Belgium, Belanda sertai protes pro-Palestin

Ratusan pelajar Universiti Amsterdam menyertai protes pro-Palestin di pekarangan universiti berkenaan. (FOTO: Getty's Image)
- Advertisement -

AMSTERDAM: Pelajar universiti di Belgium dan Amsterdam kini menyertai gelombang protes pro-Palestin pelajar-pelajar universiti global terutama di Kanada, Perancis, Jerman dan seluruh Amerika Syarikat sebagai tanda  solidariti terhadap penduduk di Semenanjung Gaza.

Penunjuk perasaan aman memenuhi pekarangan Universiti Ghent (UGent) di Belgium dan Universiti Amsterdam (UvA) pada Isnin (7 Mei), waktu tempatan.

Di UvA yang terletak di tengah-tengah bandar raya itu, beratus-ratus pelajar mendirikan kem, memasang khemah, bermain dram dalam bulatan, dan menghalang akses dengan palet kayu.

- Advertisement -

Matlamat mereka ia;ah  mahu UvA dan Vrije Universiteit Amsterdam (VU) menamatkan perkongsian kedua-dua universiti itu daripada menjalinkan kerjasama dengan institusi penyelidikan pendidikan di Israel.

Sehubungan itu, jurucakap UvA dalam kenyataannya berkata, walaupun ia membenarkan protes pro-Palestin itu pada siang hari, namun  ia tidak akan bertolak ansur dengan pelajar yang mengadakan protes itu sehingga bermalam di situ.

“Jika pelajar memutuskan untuk bermalam, kami akan melaporkannya kepada polis,” katanya lapor Al Jazeera.

Kumpulan pelajar Universiti Amsterdam kini menyertai gelombang pro-Palestin global yang telah dicetuskan oleh pelajar-pelajar universiti seluruh Amerika Syarikat sejak dua minggu lalu. (FOTO: Reuters)

Sementara di negara jiran Amsterdam,  Belgium, kira-kira 100 pelajar menyertai protes pro-Palestin di pekarangan UGent di Brussels.

Rakaman yang dikongsi di media sosial menunjukkan pelajar-pelajar itu dikelilingi oleh khemah yang didirikan mereka yang menegaskan, protes itu akan berlaangsung sehingga esok, Rabu (8 Mei).

Beberapa pekerja dan profesor UGent dilaporkan  telah menandatangani surat terbuka menyokong protes pro-Palestin itu dan mengutuk keputusan universiti berkenaan untuk meneruskan kerjasama penyelidikan dengan Israel.

“UGent tidak pernah memberi kebenaran untuk mengadakan protes pro-Palestin di kawasan berhampiran bangunan universiti, tetapi jika ini berlaku, rangka kerja umum perjanjian terpakai,” kata rektor UGent, Rik Van de Walle dalam satu kenyataan. 

Tambah beliau, pihak UGent sebelum ini mengadakan jalinan kerjasama dengan Israel berkait penyelidikan berhubungan isu hak asasi manusia. – Agensi-HARAKAHDAILY 7/5/2024

- Advertisement -