‘Tidak berlaku kiamat sehinggalah Yahudi dibunuh…’

Idris Ahmad (kiri) dalam sidang media usai Himpunan 100K Bela Palestin di Kuala Lumpur pada hari ini, 4 Mei 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Tidak berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Yahudi dibunuh sehinggakan mereka berlindung di balik-balik batu…dan batu itu menyatakan, ‘Wahai Muslim, di belakang aku ialah Yahudi. Maka bunuhlah ia’ – Hadis Nabi SAW.”

Itu penegasan yang diutarakan Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad bahawa hadis ini telah memberikan keyakinan kepada rakyat Palestin yang menganggap bumi Al-Aqsa adalah amanah daripada orang Islam.

- Advertisement -

“Amanah dari orang Islam di Malaysia dan seluruh dunia untuk mereka menjaga dan memelihara bumi Palestin ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Himpunan 100K Bela Palestin yang diadakan berhampiran kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini, hari ini.

Tambah beliau, hal ini menyebabkan PAS dan gerakan Islam antarabangsa yang lain menentang ‘two-state solution’ kerana terdapat cadangan untuk memindahkan bumi Al-Aqsa ke tanah yang lain.

Menurutnya lagi, cadangan tersebut bagaimanapun ditolak oleh para pejuang Palestin.

“Mereka mengatakan ini bukan bumi kamu. Ini ialah bumi umat Islam,” ujarnya.

Tambah Idris, rakyat Palestin sukar untuk menerima peperangan ini kerana mereka sedang berjuang menentang ‘orang-orang yang sudah mati (jiwa)’.

“Tentera Israel pula berjuang untuk hidup. Ini yang menjadi permasalahan besar kepada golongan Zionis.

“Mereka (rakyat Palestin) tidak memerlukan kita untuk pergi ke sana, cukup dengan berdoa dan mendesak kepada pemimpin umat Islam bagi mendoakan kemenangan mereka,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/5/2024

- Advertisement -