Himpunan 100K Bela Palestin satu kejayaan

Nadzir Helmi ketika menyertai Himpunan 100K Bela Palestin di Kuala Lumpur pada hari ini, 4 Mei 2024. (FOTO: HARAKAHDAILY/Ikmal Emir)
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Perhimpunan 100K Bela Palestin yang berlangsung pada hari ini adalah satu kejayaan dalam membangkitkan semula kesedaran orang ramai terhadap isu Palestin.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nadzir Helmi berkata, isu Palestin merupakan sesuatu yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya oleh orang ramai.

- Advertisement -

“Kalau sebelum ini kita ingat semangat tentang isu ini dah mula sejuk tetapi sekarang kita berjaya membangkitkan semula kesedaran mereka pada hari ini,” katanya ketika ditemui Harakahdaily setelah selesai perhimpunan tersebut.

Menurut beliau, perlu ada lebih banyak lagi kempen tanpa henti mengenai isu Palestin dilakukan supaya lebih ramai lagi rakyat negara ini sedar akan penderitaan yang dilalui rakyat negara tersebut.

Tambahnya, ramai mahasiswa dan mahasiswi di luar negara telah mula bangkit mengenai isu Palestin, yang mana perkara tersebut perlu turut dilaksanakan dalam negara ini.

“Saya harap negara kita boleh membuat perkara yang sama iaitu lebih ramai lagi mahasiswa dan mahasiswi membangkitkan isu Palestin ini,

Sebahagian daripada 50,000 peserta Himounan 100K Bela Palestin kelihatan penuh bersemangat tanda solidariti terhadap penduduk Palestin. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)

“Ini termasuklah memperbanyakkan lagi kuliah-kuliah mengenai Palestin supaya lebih ramai lagi dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi tanpa mengira agama dan bangsa akan faham mengenai isu ini secara keseluruhan,” ujarnya.

Beliau juga berharap agar lebih banyak lagi khutbah Jumaat memberikan intipati mengenai isu Palestin setiap kali sebelum melakukan Solat Jumaat.

Kata beliau, ini bertujuan supaya isu Palestin ini tidak akan dilupakan sedikitpun oleh setiap umat Islam dalam negara ini.

“Jadi, mudah-mudahan semakin ramai lagi yang akan terus bangkit bagi membela nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh rejim Zionis Israel,” katanya. – HARAKAHDAILY 4/5/2024

- Advertisement -