MB Perlis selesai beri keterangan, tidak direman

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pagi tadi.

- Advertisement -

Beliau hadir memberi keterangan berhubung kes siasatan ke atas anak lelakinya di bawah Seksyen 53(3) Akta SPRM yang ditahan reman sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Negeri Perlis, Ustaz Muhammad Azmir Azizan mengesahkan, siasatan tersebut telah berlangsung selama tiga jam bermula jam 10:00 pagi dan tamat pada jam 1:00 tengah hari tadi.

“Beliau (Mohd Shukri) hadir memberi keterangan untuk membantu proses siasatan dan tidak ditahan oleh SPRM (sebagaimana laporan sebuah portal berita).

“Beliau telah dibenarkan pulang selepas selesai memberi keterangan (tersebut),” katanya ketika dihubungi HarakahDaily sebentar tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Azam Baki menurut laporan sebuah portal berita telah mengesahkan kehadiran Mohd Shukri di ibu pejabat agensi berkenaan. – HARAKAHDAILY 30/4/2024

- Advertisement -