KDN FC jalin kerjasama dengan CHS Football Korea

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kelantan Darul Naim (KDN) FC hari ini memeterai satu perjanjian kerjasama bersama syarikat dari Korea Selatan, CHS Football Korea.

- Advertisement -

Perjanjian itu termeterai di Pejabat Urusan Kelab di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini petang semalam bagi memantapkan lagi pemain untuk menghadapi saingan masa depan bersama syarikat terbabit.

Pihak KDN FC diwakili presiden, Rozi Muhamad, manakala CHS Football Korea diwakili pemiliknya, Son Jin Young.

CHS Football Korea merupakan sebuah syarikat yang memiliki kelab yang bersaing dalam K4 League, iaitu FC Sejong.

 Rozi ketika ditemui melahirkan rasa gembira dengan kemajuan kerjasama yang terjalin itu.

Katanya, secara tidak langsung ia bakal membuka ruang yang lebih luas kepada KDN FC untuk memperkenalkan lagi jenama kelab sehingga ke negara Pahlawan Taeguk itu.

Menurutnya, perjanjian itu meliputi beberapa perkara, terutamanya melalui kerjasama dalam usaha membangunkan program bola sepak sehingga ke peringkat akar umbi.

Tambahnya, antara intipati perjanjian kedua-dua pihak pertukaran pemain bawah 20 dan 23 tahun.

“Program ini untuk mengembangkan bakat sehingga ke Korea Selatan serta perkongsian beberapa perkara termasuk latihan dan meningkatkan ilmu pihak kejurulatihan.

“Melalui perjanjian ini, pihak KDN FC berharap ianya boleh menaikkan lagi mutu industri bola sepak Kelantan serta Malaysia khususnya,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 30/4/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

- Advertisement -