Pembangkang tidak terikut cara kempen PH-BN

- Advertisement -

KOTA BHARU: Pembangkang tidak terikut-ikut kempen yang dimainkan parti menguasai kerajaan iaitu agama, raja dan bangsa (3R) bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

- Advertisement -

Sebaliknya Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Amar Diraja Mohd Amar Abdullah mempersoalkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sering mengapi-apikan sentimen itu dalam masyarakat.

Katanya parti kerajaan yang menakut-nakutkan rakyat dengan isu 3R.

“Bagaimanapun kita mengingatkan semua pihak agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R yang boleh mencetuskan ketegangan sepanjang tempoh berkempen,” katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri dan Penyerahan Kunci Rumah di Taman Kota Jembal bagi fasa empat semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melarang kempen berbaur 3R dalam PRK Kuala Kubu Baharu.

PRK Kuala Kubu Bharu menyaksikan pertandingan empat penjuru di antara Khairul Azhari Saut (PERIKATAN NASIONAL), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser. – HARAKAHDAILY 29/4/2024

- Advertisement -