Jamuan raya eratkan hubungan penduduk setempat

- Advertisement -

KALABAKAN: Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PAS Kawasan Kalabakan di Dewan OT Jantan, Kampung Tanjung Batu Darat, semalam meriah dengan kunjungan penduduk DUN Tanjung Batu dan sekitar.

- Advertisement -

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ahmad Dullah berkata, sambutan Hari Raya Aidilfitri itu diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim penduduk setempat dan sekitarnya.

“Alhamdulillah majlis mendapat sambutan yang luar biasa apabila yang hadir dalam majlis dilihat terdiri daripada kalangan kanak-kanak hingga golongan tua.

“Pada hari ini kita menghidangkan jamuan istimewa iaitu kambing golek dan sup ayam serta pelbagai lagi juadah lain,” ujarnya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Kalabakan.

Turut hadir ialah ADUN Dilantik yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Aliakbar Gulasan, ADUN Tanjung Batu, Andy Muhammad Suryadi Bandy dan Ketua UMNO Kalabakan, Samsudin Yusop.

Lebih 1,000 orang pengunjung hadir ke majlis itu yang diserikan dengan nyanyian daripada komposer dan penulis lirik Ezyree Fayyad, cabutan bertuah dan edaran duit raya kepada kanak-kanak. – HARAKAHDAILY 29/4/2024

- Advertisement -