PN perlu terus diberi peluang terajui Kerajaan Perlis

- Advertisement -

KANGAR: PAS Negeri Perlis berharap Majlis Rumah Aidilfitri PAS Pusat yang julung kali diadakan di negeri ini akan memberi semangat kepada PERIKATAN NASIONAL (PN) untuk terus diberi mandat memimpin Kerajaan Negeri Perlis.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sebaliknya kekalahan PN mungkin akan menghalang segala pelaksanaan perancangan yang telah diadakan bagi perubahan dan masa depan negeri ini.

- Advertisement -

“Kami berharap dan berdoa agar kami dapat mengekalkan kemenangan di negeri Perlis supaya semua perancangan kami dapat direalisasikan,” katanya semasa berucap sempena sempena majlis tersebut di Dewan 2020, di sini.

Menteri Besar Perlis itu turut mengenai beberapa usaha digiatkan pentadbirannya di mana antara terkini telah melancarkan kempen ‘Jom Solat’ sebagai salah satu usaha untuk menggalakkan rakyat ke arah kebaikan.

Beliau turut mengumumkan peningkatan jumlah jemaah yang hadir di masjid pada waktu Subuh menerusi kempen tersebut sebagai menunjukkan signifikan kepada seruan dijalankan itu.

Majlis dihadiri oleh Al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Hashim Jasin dan Presiden PAS, Tan Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang serta Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man juga pimpinan utama dari PAS, PN, dan BERSATU.

“Dengan sokongan yang diterima, PN berharap dapat terus menjalankan tanggungjawab mereka untuk kesejahteraan dan kemajuan negeri Perlis,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 27/4/2024

- Advertisement -