Pahang mungkin lokasi Muktamar PAS Pusat tahun ini

- Advertisement -

KANGAR Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man membayangkan kemungkinan negeri Pahang dipilih menjadi lokasi pilihan dilangsungkan Muktamar PAS Pusat bagi tahun ini.

“Kita tengah menilai beberapa buah negeri yang dimohon kepada PAS Pusat, kemungkinan besar sama ada di Selangor, Kelantan atau di Pahang. Tetapi tidak di Perlis.

- Advertisement -

“Kita sedang melihat, permintaan di Pahang agak kuat ketika ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Hari Raya Aidilfitri PAS Pusat di Dewan 2020 di sini, hari ini.

Ujarnya, majlis tersebut dijangka diadakan di negeri ini bagi memberi dukungan atas kejayaan menerajui pemerintahan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15) lepas.

“Kita pilih Perlis bagi meraikan kejayaan kepada petugas-petugas PAS di Perlis,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Pada tahun lepas Muktamar PAS Pusat telah dilangsungkan di Shah Alam, Selangor dan kali terakhir Pahang menjadi tuan rumah adalah pada tahun 2019 yang diadakan di Indera Mahkota. – HARAKAHDAILY 27/4/2024

- Advertisement -