‘Drama menjelang PRK KKB, siasatan terpilih’ – Sanusi

- Advertisement -

KANGAR: Penahanan anak Menteri Besar (MB) Perlis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai satu drama menjelang PRK N.06 DUN Kuala Kubu Bharu (KKB).

- Advertisement -

Pengarah Pilihan Raya PERIKATAN NASIONAL (PN), Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu tidak memberi kesan kepada PN khasnya dan PAS amnya dalam menghadapi pilihan raya tersebut.

“Itu memang drama yang diset untuk PRK, semua orang tahu bukan rahsia besar. Semua adegan itu adalah ‘setting’ untuk menghadapi PRK. Kita gelak ja, dia akan buatlah beberapa drama itu,” ujarnya.

Beliau diminta mengulas perkara penahanan ke atas anak MB Perlis, Mohd Shukri Ramli yang direman baru-baru ini ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Dewan 2020, di sini sebentar tadi.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah turut menegaskan supaya usaha untuk membasmi kegiatan rasuah tidak seharusnya difokuskan kepada pihak pembangkang semata-mata.

“Negeri dia pun banyak kenapa tidak ada satu siasatan pun? Bahagian Operasi Khas (BOK) tak pergi ke sana, tuju negeri-negeri tertentu saja. Siasatan terpilih, semua itu lawak! Kena ada usaha yang sungguh-sungguh yang orang nampak betul usaha itu.

“Ini dak saya nampak macam drama, tidak jejas apa. Orang pun tau mungkin akan beri ‘backfire’ pada mereka semula,” katanya yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat. – HARAKAHDAILY 27/4/2024

- Advertisement -