PAS kunjung hormat Duta Besar Turkiye

Tuan Ibrahim di samping Emir Salim, serta Muhammad Khalil dan Muhd Khidhir dalam pertemuan di Kedutaan Turkiye, Kuala Lumpur pada hari ini, 26 April 2024.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man mengetuai kunjungan hormat ke atas Duta Besar Turkiye, TYT Emir Salim Yuskel di Kedutaan Turkiye, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Turut serta pada kunjungan hormat bagi memenuhi jemputan Emir Salim Yuskel itu ialah Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Setiausaha Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Muhd Khidhir Izaidin.

Menurut Muhammad Khalil, pertemuan hari ini membincangkan banyak perkara, antaranya cadangan kerjasama dalam bidang pendidikan, pelaburan, pelancongan dan penukaran budaya terutama dalam konteks State Goverment 4 (SG4).

“Semoga hubungan dua hala antara kerajaan Turkiye dan PAS terus rapat dan kukuh mendepani cabaran mendatang,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/4/2024

- Advertisement -