KIAS tawar yuran pengajian percuma program asasi

- Advertisement -

KOTA BHARU: Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) menawarkan yuran pengajian secara percuma program asasi dalam bidang Pengajian Islam dan Pengurusan Perniagaan.

- Advertisement -

Menurut KIAS kedua-dua program itu dilaksanakan selama setahun sebagai persediaan pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi termasuk Ijazah Sarjana Muda.

Sehubungan itu, KIAS mengalu-alukan permohonan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi pengambilan Jun 2024 dengan syarat kemasukan minima lima kepujian mata pelajaran.

“Lepasan SPM yang bukan dari aliran pengajian agama juga boleh membuat permohonan,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya hari ini.

Permohonan itu boleh dibuat secara atas talian iaitu

http://ekias.my/ekias/?modul=iform.

Atau aplikasi WhatsApp dengan menghantar gambar kad pengenalan, sijil SPM, STPM, Diploma dan program pilihan kepada 016-987 7774, 019-920 3202 dan 017-977 3629.

Dalam pada itu KIAS turut menawarkan 16 program peringkat Diploma termasuk program baharu iaitu Diploma Rekabentuk Multimedia dan lapan program Sarjana Muda bagi pengambilan Jun 2024.

KIAS merupakan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri mempunyai keistimewaan tersendiri dengan mewarisi tradisi pengajian Islam sejak era sebelum merdeka.

“KIAS turut menawarkan yuran pengajian yang murah dan kos sara hidup rendah, selain menyediakan tenaga akademik berkelayakan tinggi,” ujarnya.

Bahkan KIAS mengendalikan program pengajian mendapat pengiktirafan pihak berwajid seperti Jabatan Pengajian Tinggi, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). – HARAKAHDAILY 24/4/2024

- Advertisement -