Inilah rupa kerajaan Madani – Ustaz Idris

Datuk Idris Ahmad
- Advertisement -

KOTA BHARU: Kerajaan Madani pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dianggap masih mengekalkan cara Barisan Nasional (BN) menggunakan jentera dan premis kerajaan ketika kempen pilihan raya.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad bagaimanapun berkata, era BN menguasai kerajaan tindakan menyalahgunakan premis kerajaan mendapat kecaman pemimpin Pakatan Harapan (PH).

“Dulu kami marah BN, guna premis kerajaan sebab kami pembangkang. Sekarang kami kerajaan, ikut suka kami le.. Inilah rupa Madani,” katanya pada status di laman Facebook hari ini.

Baru-baru ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming dilapor mengumum sejumlah peruntukan selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Kubu Bharu diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei dan 27 April ini sebagai hari penamaan calon. Pengundian awal 7 Mei dan tempoh berkempen selama 14 hari.

PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong yang meninggal dunia pada 21 Mac lalu akibat kanser.

Bagaimanapun pengumuman menteri terbabit dikecam pelbagai pihak.

Berikutan itu kerajaan Madani mengumum pula peruntukan bagi penyelenggaraan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di 48 kem seluruh negara.

Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin dilapor berkata, sebanyak RM596,283 daripada RM400 juta yang diperuntukan kerajaan, disalurkan kepada RKAT Taman Seruling Kuala Kubu Bharu.

Penyalahgunaan premis kerajaan terus dilakukan pemimpin PH-BN apabila Presiden Umno, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Mesyuarat Berkelompok Cawangan Umno Bahagian Hulu Selangor di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu. – HARAKAHDAILY 24/4/2024

- Advertisement -