Taman haiwan di Jeram Mengaji jadi tarikan pelancong

- Advertisement -

PASIR PUTEH: Jeram Mengaji Agro Resort di Selising akan dijadikan taman haiwan bagi menambahkan lagi komponen produk tarikan pelancong.

- Advertisement -

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agro Makanan dan Komoditi negeri, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, pagar mulai dibina di kawasan terbabit untuk menjadikan sebagai taman haiwan.

Katanya, Jeram Mengaji terdapat pemeliharaan lembu, kambing, kerbau tenusu, rusa dan kuda.

“Semalam Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta pensyarah dan pelajar Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) datang membuat pemeriksaan ternakan kuda di Jeram Mengaji.

“Kuda merupakan sejenis mamalia yang sensitif dan perlu dijaga dengan baik. UMK mengambil beberapa sampel darah daripada kuda-kuda yang diternak bagi meneliti tahap kesihatan,” katanya di sini.

Menurutnya juga Jeram Mengaji Agro Resort menjadi destinasi kunjungan pelancong bagi merasai keindahan alam semula jadi dan sektor agrotourism di Kelantan.

Kata beliau Jeram Mengaji Agro Resort mungkin agak asing bagi pelancong dari luar Kelantan, namun terkenal dalam kalangan rakyat tempatan kerana panoramanya seperti di Kundasang.

Resort tersebut terletak kira-kira enam kilometer dari pekan Selising dan kira-kira 22 kilometer dari bandar Pasir Puteh. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

- Advertisement -