Raja Muda rasmi Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama DUN Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika istiadat pemeriksaan kawalan kehormat di Kompleks DUN Perlis, hari ini.
- Advertisement -

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Istiadat Perasmian Mesyuarat Pertama, Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-14 di Kompleks DUN, di sini, hari ini.

- Advertisement -

Baginda berangkat menggantikan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang tidak dapat berangkat kali ini dan menitahkan Tuanku Raja Muda untuk menyampaikan salam kepada semua serta menzahirkan titah ucapan Tuanku Raja Perlis. Turut berangkat hadir Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Pasukan kawalan kehormat utama pada pagi tadi adalah daripada pasukan simpanan persekutuan Polis Diraja Malaysia yang dianggotai tiga pegawai dan 102 orang anggota lain-lain pangkat.

Setelah selesai istiadat tersebut, dif-dif jemputan dan tetamu mengambil tempat di dalam dewan persidangan bagi meneruskan majlis.

Persidangan pada kali ini berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 25 April.

Istiadat perbarisan secara langsung juga disediakan menerusi platform Facebook dan Instagram Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis bagi mengetahui perjalanan majlis. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

- Advertisement -