PRK Kuala Kubu Bharu: PAS sokong siapa jua calon PN

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: PAS menyokong siapa jua calon yang bakal bertanding mewakili PERIKATAN NASIONAL (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

- Advertisement -

Naib Presiden PAS, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, calon yang akan dipilih merupakan keputusan mesyuarat khas kepimpinan.

“Sudah tentu (sokong) kerana yang akan bertanding di Kuala Kubu Baharu adalah PERIKATAN NASIONAL, daripada parti mana sekalipun,” katanya ketika ditemui pemberita Selepas Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-15 di Wisma Darul Iman di sini, semalam.

Menurutnya, beberapa perkara perlu diberi penekanan daripada pihak jentera PN di Kuala Kubu Bharu untuk mencapai kemenangan.

“Saya percaya kalau itu dapat dimaksimumkan dan undi maksimum daripada komuniti berbangsa Melayu diperolehi saya rasa itu merupakan kunci yang besar untuk mencapai kemenangan,” katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRK DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei sementara penamaan calon pada 27 April.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

- Advertisement -