MIPP sertai PN bukti Kerajaan Madani makin pudar

Dato' Siti Zailah Mohd Yusoff
- Advertisement -

KOTA BHARU: Penyertaan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) bersama PERIKATAN NASIONAL (PN) membuktikan gabungan itu diyakini mampu membela nasib rakyat pelbagai kaum di negara ini.

- Advertisement -

Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kesediaan parti terbabit menyertai PN turut membuktikan rakyat sudah beralih sokongan kepada PN.

Katanya, mereka dapat membandingkan kerajaan mana yang lebih dekat dengan rakyat bagi menjaga kepentingan mereka.

“Rakyat mempunyai pengalaman bersama kerajaan PN sebelum ini dan mereka membandingkan pula dengan apa yang berlaku di bawah kerajaan Madani sekarang.

“Kita berharap dengan penyertaan MIPP bersama PN dapat menguatkan lagi PN terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Kuala Kubu Bharu tidak lama lagi,” katanya di sini.

Semalam, PN menerima secara rasmi MIPP sebagai anggota penuh yang diketuai presidennya, SP Punithan.

Sehingga sekarang PN dianggotai BERSATU, PAS, Gerakan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan MIPP.

Siti Zailah yang juga ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, penyertaan MIPP bersama dengan PN ini membuktikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Madani semakin pudar. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

- Advertisement -