Kerajaan perlu berani terima cabaran

Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor
- Advertisement -

BALING: Kerajaan perlu berani menerima cabaran setiap keputusan atau dasar baharu yang diambil dan bukannya melepaskan kepada pihak lain.

- Advertisement -

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kenaikan tarif air adalah keputusan kerajaan persekutuan dan dikuatkuasakan di seluruh negara.

“Bila umum atau laksana keputusan baharu, kena beranilah hadapi cabaran. Ini bila tarif air naik, tiba-tiba puak walanon canang ‘kejayaan MB Kedah naik tarif air’ sedangkan kenaikan itu diputuskan oleh kerajaan persekutuan,” tegasnya di sini.

Katanya lagi, keputusan kerajaan persekutuan itu diterima oleh semua negeri memandangkan kos rawatan air bersih semakin meningkat.

Jelas beliau, apabila berlaku kenaikan tarif elektrik, secara tidak langsung memberi kesan kepada operasi operator air dan kos penyelenggaraan serta lain-lain meningkat.

“Kita tak bantah kenaikan tu, tapi depa ni nak lari dari cabaran sebut Nusi punya kerja naik tarif air

“Walaupun pedih dan perit nak umum apa-apa kenaikan namun atas keperluan kerajaan ketika ini kita akan umumkan. Depa ni bab menghadapi cabaran depa takut, tu sebab depa buh kat orang rata,” bidas beliau. – HARAKAHDAILY 23/4/2024

- Advertisement -