Rumah terbuka eratkan hubungan pemimpin dan rakyat

- Advertisement -

ARAU: Hampir 4,000 penduduk sekitar menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Guar Sanji di Markas Kampung Semut Gatal, semalam.

- Advertisement -

ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim bersyukur atas kelancaran program yang berlangsung dari 11 pagi hingga 3 petang.

 “Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar dan baik dengan penyediaan 20 jenis hidangan untuk para tetamu,” katanya.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli antara tetamu yang turut hadir ke majlis berkenaan, termasuk Speaker DUN Perlis, Russele Eizan serta beberapa tokoh penting termasuk Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kasim.

Menurut Ridzuan, keberhasilan dan kehadiran ramai dalam majlis tersebut menunjukkan semangat kesatuan dan kebersamaan dalam masyarakat setempat dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Majlis turut menjadi medan untuk mempereratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, serta memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk bertemu dengan pemimpin mereka.

“Semoga semangat perpaduan dan kebersamaan terus mengukuhkan masyarakat di sekitar DUN Guar Sanji dan seluruh negara,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 22/4/2024

- Advertisement -