Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat julung kali di Perlis

Wan Hassan Ismail
- Advertisement -

KANGAR: Sehingga kini, persiapan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat hampir mencapai 80 peratus dan gerak kerja dibahagikan mengikut kawasan dan dewan-dewan negeri.

- Advertisement -

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perlis, Wan Hassan Ismail, berkata, hampir 70 menu disediakan antaranya pulut harumanis, kurma daging Perlis, gulai daging dengan rebung, ketupat palas dan pelbagai lagi.

Katanya, buggy juga disediakan sepanjang berlangsungnya sambutan itu bagi kemudahan pengunjung selain menyelesaikan masalah pengangkutan.

“Secara keseluruhan kita mempunyai empat buggy bagi memudahkan warga emas yang tidak dapat berjalan jauh,” jelasnya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan atas kepercayaan memilih Perlis sebagai tuan rumah pada sambutan Rumah Terbuka PAS Pusat kali ini.

“Julung kali Perlis dipilih sebagai tuan rumah dan saya menzahirkan ucapan penghargaan kepada PAS Pusat atas kepercayaan terhadap negeri kecil ini untuk menjadi tuan rumah sambutan hari raya pada tahun ini.

“Pakat mai belaka khususnya kepada semua ahli PAS seluruh negara dan sambutan kali ini juga kena pada musim harumanis, jadi pengunjung berpeluang merasa buah emas ini sendiri,” katanya lagi.

Rumah Terbuka PAS Pusat kali ini akan diadakan pada 27 April di Dewan 2020, bermula jam 11 pagi hingga 2 petang. – HARAKAHDAILY 22/4/2024

- Advertisement -