Alasan pelik salahkan bumbung stadium

- Advertisement -


KUALA LUMPUR: Alasan Kementerian Belia dan Sukan yang mengaitkan bumbung Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dengan masalah rumput Zeon Zoysia disifatkan sebagai ‘pelik’.

Penganalisis politik, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata demikian, sambil menegaskan bahawa Stadium Johor Darul Takzim yang mempunyai bentuk bumbung yang sama, sebaliknya  tidak pula merosakkan rumput di stadium tersebut.

- Advertisement -

“Sudahlah rumput itu TMJ (Tengku Mahkota Johor) bagi percuma. Suruh jaga sahaja pun. Banyak ‘nau‘ (benar)  alasan dia (Menteri Belia dah Sukan).

“Menteri ini tak pernah jumpa ke orang buat penanaman dalam kawasan tertutup dengan lampu artificial (buatan) ganti cahaya matahari? 

“Itulah, bila dah gagal, akhirnya salahkan benda tak bernyawa. Sebab bumbung bukan boleh bercakap nak pertahankan diri dia,” kata Nurul Islam dalam media sosial miliknya hari ini.

Dalam pada itu menurutnya, kerajaan digesa membuang lantikan politik dalam Perbadanan Stadium dan melantik pakar pengurusan sukan berikutan masalah rumput Zeon Zoysia di SNBJ yang didakwa kementerian terbabit berpunca daripada bumbungnya.

Tambah Nurul Islam, dengan pelantikan pakar pengurusan sukan tersebut barulah stadium tersebut boleh diurus dengan baik.

“Bukan apa, bila ada perlawanan antarabangsa, malu tengok stadium kita. Bendang kat Sekinchan lagi lawa,” tegas beliau.

Terdahulu, menurut laporan media tempatan baru-baru ini, Kementerian Belia dan Sukan melalui kenyataan Menterinya, Hannah Yeoh’menegaskan bahawa bumbung SNBJ tidak dapat memberikan cahaya matahari yang secukupnya untuk menjadikan rumput Zeon Zaysia menjadi kuat. – HARAKAHDAILY 22/4/2024

- Advertisement -