Syahidnya Yazid Daqqah di penjara Israel

Banduan Palestin paling lama dalam tahanan rejim Zionis

- Advertisement -

KEHIDUPAN di dalam penjara lebih lama dari hidupnya sebelum ditangkap dan dipenjarakan. Beliau ditangkap pada tahun 1986 dalam usia 24 tahun. Meninggal dunia pada 7 April 2024 dalam usia 62 tahun. 

- Advertisement -

Demikianlah nasib Walid Daqqah yang menghembuskan nafas terakhirnya menjelang sambutan Aidilfitri baru-baru ini. Beliau meninggal dunia akibat penyakit kanser dan dinafikan hak untuk mendapatkan rawatan yang sempurna. 

Pada 38 tahun lalu, beliau dijatuhi hukuman penjara kerana dituduh menculik dan membunuh seorang askar Israel pada 1984. Ketika ditangkap dan dijatuhkan hukuman, pergerakan HAMAS dan Kata’ib Izzuddin Al Qassam masih belum ditubuhkan. 

Pada 18 November 2022, Walid disahkan menghidap barah  myelofibrosis iaitu sejenis kanser yang jarang berlaku membabitkan kerosakan pada sumsum tulang. 

Kesihatannya semakin kritikal Mac tahun lalu, iaitu tiga bulan sebelum tarikh sepatutnya dia dibebaskan. Namun Mahkamah Tinggi Israel menolak pembebasannya walaupun disahkan sakit.

Walid turut mengalami masalah radang paru-paru dan sakit buah pinggang. Namun gagal mendapat rawatan yang sempurna. 

Biro Hal Ehwal Banduan Palestin menyifatkan dasar pengabaian rawatan terhadap pesakit di kalangan banduan Palestin adalah satu bentuk pembunuhan secara perlahan yang dilakukan oleh rejim Zionis. 

Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) menyifatkan tindakan pihak penjara mengabaikan rawatan terhadap Walid walaupun mengetahuinya menghidap penyakit kritikal adalah satu jenayah besar.

HAMAS pula meletakkan tanggung-jawab sepenuhnya kepada Menteri Keamanan Israel, Itamar Ben-Gvir di atas kematian Walid. 

HAMAS berkata: “Kami berdarah tawanan syahid, Komander Walid Daqqa, dan kami memperbaharui perjanjian kami dengan tahanan sehingga mereka mendapat kebebasan,” dan menambah: “(Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar) Jenayah Ben Gvir terhadap banduan adalah percubaan untuk menggagalkan usaha pengantara dan meletakkan halangan di hadapan mereka.”

Sehingga kini Israel masih memenjarakan 9,100 orang Palestin yang diagihkan di penjara-penjara dan kem-kem tahanan seluruh Palestin. Keadaan dan layanan terhadap mereka bertambah buruk sejak perang 7 Oktober 2023. 

Angka berkenaan sentiasa bertambah menyebabkan sebahagiannya terpaksa dikurung di kem-kem askar rejim Zionis.

USTAZ ARIS HAZLAN ISMAIL
Maran, Pahang – HARAKAHDAILY 21/4/2024

- Advertisement -