Sidang DUN Perlis tumpu isu kebajikan rakyat

Mohd Shukri Ramli
- Advertisement -

KANGAR: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis akan datang tidak akan difokuskan kepada sebarang rang undang-undang yang khusus.

- Advertisement -

Namun, Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata persidangan itu akan memberi tumpuan kepada isu-isu yang akan dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Kita tidak pasti lagi, tunggu sidang pada 23 April akan datang. Sidang tersebut akan melibatkan Istiadat Perasmian dan Persidangan Penggal Persidangan Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15, bermula jam 9.00 pagi,” katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Perlis 2024 di Dewan 2020, semalam.  

Beliau menambah, meskipun tiada rang undang-undang yang difokuskan, sidang DUN tersebut tetap penting bagi membincangkan pelbagai isu penting yang berkaitan dengan pembangunan dan kebajikan rakyat Perlis.

Ujar beliau, (ADUN) dijangka akan menyuarakan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan masyarakat setempat serta membawa perbincangan yang bermakna bagi memperkukuhkan proses demokrasi dan kebajikan negeri. – HARAKAHDAILY 21/4/2024

- Advertisement -