Sedia makanan untuk 20,000 pengunjung

Mejar (B) Mansor Zakaria menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.
- Advertisement -

BALING: Majlis Rumah Terbuka Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil, Mejar (B) Mansor Zakaria meriah dan mendapat sambutan luar jangkaan.

- Advertisement -

Kata beliau, pihaknya menyediakan makanan untuk 20,000 pengunjung walaupun sasarannya sekitar  12,000 hingga 13,000 dalam kalangan masyarakat sekitar.

“Kita mengambil pengalaman pada program Rumah Terbuka Aidilfitri tahun lalu, kehadiran melimpah walaupun majlis sudah tamat,” katanya ketika ditemui Harakahdaily di Putik, Kampung Bukit Kuning, di sini, hari ini.

Ujar Mansor lagi, sehingga jam 12.00 tengah hari, lebih daripada 6,000 pengunjung telah hadir dan kebanyakannya datang sebelum majlis bermula pada jam 11.00 pagi.

“Sambutan luar biasa daripada orang ramai membuktikan sokongan rakyat terhadap kepimpinan negeri di bawah PERIKATAN NASIONAL (PN) yang diterajui Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor,” tambahnya lagi.

Beliau yang juga Exco kerajaan negeri mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung sama ada dari agensi kerajaan, pemimpin kerajaan, parti dan lain-lain.

Menurutnya lagi, pelbagai menu disediakan untuk pengunjung di mana sebahagiannya dimasak secara gotong royong oleh petugas cawangan-cawangan PAS sekitar DUN Kuala Ketil. – HARAKAHDAILY 21/4/2024

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!