‘Ambil makanan yang perlu sahaja, jangan membazir’

Dato' Ustazah Siti Ashah Ghazali menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.
- Advertisement -

PADANG SERAI: Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merbau Pulas, Dato’ Ustazah Siti Ashah Ghazali meriah dengan dihadiri pelbagai lapisan masyarakat seawal jam 2.00 petang.

- Advertisement -

Siti Ashah mengucapkan setinggi-tinggi terima atas sokong semua pihak merai serta menjayakan majlis yang diadakan di Taman Bagan Sena, Labu Besar itu.

Katanya, walaupun dalam suasana ekonomi agak meleset namun majlis berkenaan diadakan juga untuk meraikan masyarakat di DUN tersebut.

“Silalah menjamu selera, pelbagai juadah yang disediakan tapi ambil makanan ikut yang perlu sahaja. Jangan membazir,” pesan Exco kerajaan negeri itu lagi.

Pelbagai menu disediakan antaranya, ketupat dan rendang, laksa, mi kuah, roti canai, apam balik, kuih muih dan nasi berlauk kari daging.

Dalam pada itu, para hadirin dihiburkan oleh penyanyi yang dijemput khas, Irwansyah.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Ustaz Mohd Fawwaz Mad Jan, ADUN Kupang, Dato’ Najmi Ahmad dan ADUN Pengkalan Kundur, Mardhiyyah Johari.

Seperti kebiasaannya, kanak-kanak turut diraikan dengan pemberian duit raya. – HARAKAHDAILY 20/4/2024

- Advertisement -