‘Bawa kereta elok-elok, jangan kelam kabut’

Kira-kira 2.1 juta kenderaan sehari akan menggunakan rangkaian lebuh raya pada hari puncak sempena cuti Aidilfitri.
- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar, Dato’Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengucapkan selamat pulang kepada anak-anak Kedah di perantauan ke kampung halaman masing-masing menjelang Aidilfitri, esok.

Mereka dinasihatkan agar mengambil langkah selamat di jalan raya untuk mengelak implikasi buruk khususnya di musim perayaan ini.

- Advertisement -

“Bawa kereta elok-elok, jangan kelam kabut. Jangan dok beghemba (berlumba) di jalan raya. Fokus pada pemanduan dan bersabar,’ kata beliau melalui pautan di media sosialnya, hari ini.

Dalam pada itu mereka (anak rantau) juga dipersilakan bersama-sama meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Kedah yang akan diadakan pada 18 April ini.

“Jangan lupa, jemput mai sama-sama ke Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar di Seri Mentaloon. Pelbagai juadah disediakan,” ujar beliau.

Sementara itu, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan kira-kira 2.1 juta kenderaan sehari akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya pada hari puncak sempena cuti perayaan Aidilfitri pada tarikh 5,6,9,12,13 dan 14 April.

Justeru, PLUS mengingatkan orang ramai khususnya pengguna lebuh raya berkenaan agar persiapan seperti penyelenggaraan kenderaan termasuk perancangan perjalanan dilakukan sewajarnya bagi mengelakkan kejadian tidak diingini. – HARAKAHDAILY 9/4/2024

- Advertisement -