Semarak semangat Kelantanku Bersih di lebuh raya

- Advertisement -

KOTA BHARU: Anak Kelantan di perantauan yang pulang menyambut Aidilfitri di kampung dinasihat tidak membuang sampah merata-rata tempat seperti pernah tular di media sosial sebelum ini.

- Advertisement -

ADUN Bunut Payong, Shaari Mat Yaman berkata anak Kelantan sewajarnya menjaga imej negeri supaya tidak diperlekeh serta dipermainkan pihak luar.

Katanya, sebelum ini tular di media sampah dibuang melalui kenderaan terutamanya di Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama di Pahang.

“Sikap seperti itu perlu dielak memandangkan ia berlaku ketika anak-anak perantau pulang ke Kelantan menjelang sambutan hari raya.

“Jadi hendaklah kita sama-sama ubah sikap tersebut selaras dengan kempen kerajaan negeri sejak lebih lima tahun lepas iaitu Kelantanku Bersih,” ujarnya di sini.

Sebelum itu beliau mengagihkan bubur lambuk sebanyak 500 pek kepada pengguna jalan raya di hadapan Pusat Khidmat DUN Bunut Payong. – HARAKAHDAILY 8/4/2024

- Advertisement -