40 anak yatim ceria terima duit raya

- Advertisement -

SEMPORNA: Keceriaan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim di Pondok Anak-anak Yatim Ummi, Kampung Bukit Lalang, di sini ketika menerima duit raya.

- Advertisement -

Semasa program anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Semporna (DMPKS) itu, telah diagihkan duit raya kepada 40 orang anak yatim di pondok itu, semalam.

Ketuanya, Afiqah Adam berkata, duit raya itu sebagai amalan berkongsi rezeki dan meraikan anak-anak yatim sempena Ramadan.

“Kami gembira melihat wajah ceria mereka dan mendoakan semoga Allah sentiasa memelihara mereka.

“Semoga sedikit usaha ini mampu mengubat hati mereka dalam keadaan kekurangan untuk menyambut hari raya bersama keluarga,” katanya selepas majlis penyerahan.

Sementara itu, pengasas pondok, Ustazah Talpah Ubah, mengambil kesempatan memberikan nasihat dan pesanan kepada anak-anak yatim itu supaya mampu berdikari dalam kehidupan.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada DMPKS kerana meluangkan masa bersama anak-anak yatim. – HARAKAHDAILY 8/4/2024

- Advertisement -