350 amilin parti terima sumbangan Aidilfitri

- Advertisement -

KANGAR: PAS Kawasan Kangar meraikan 350 amilin peringkat cawangan dan dewan-dewan pada Majlis Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri.

- Advertisement -

Majlis itu diadakan sebagai tanda ingatan dan ukhuwah kepada amilin parti yang bekerja keras bagi menjayakan agenda dakwah, tarbiah dan siasah khusus di kawasan ini.

Sumbangan berupa wang tunai dan beras disampaikan oleh Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Yussaine Yahya di Dewan Talaqi, Pusat Tarbiyyah PAS Kangar, Matin, di sini semalam. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Fakhrul Anwar Ismail.

“Alhamdulillah, hari ini kita dapat raikan 350 amilin PAS Kangar dan dalam masa sama dapat mengeratkan ukhuwah antara ahli jawatankuasa PAS Kangar di semua peringkat.

“Semoga majlis ini memberi makna besar sebuah ukhuwah yang diikat dengan nilai perjuangan Islam,” katanya. – HARAKAHDAILY 8/4/2024

- Advertisement -