Bukan Islam bantu agih bubur lambuk

- Advertisement -

KOTA BHARU: Penduduk bukan Islam turut turun padang mengagihkan 2,000 pek bubur lambuk kepada orang ramai yang disumbang Pusat Khidmat Parlimen Kota Bharu.

- Advertisement -

Setiausaha Kerja PAS Kota Bharu, Mutalib Mohamed berkata, kehadiran Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang diketuai Lim Guan Seng menyemarakkan lagi program berkenaan.

Katanya, Guan Seng hadir bersama beberapa ahli-ahli jawatankuasa mengagihkan bubur tersebut kepada orang ramai. (Foto atas)

“Bubuk lambuk tersebut dimasak dan dibungkus sukarelawan Yayasan Amal Malaysia Kelantan.

“Pengagihan turut melibatkan petugas daripada Dewan Pemuda PAS kawasan, Muslimat dan penghulu dari DUN Bunut Payong, Tanjung Mas serta Kota Lama,” katanya di sini.

Katanya, bubur lambuk ditaja Ahli Parlimen Kota Bharu Dato’ Seri Takiyuddin Hassan yang menjadi acara tahunan pejabat Pusat Khidmat Parlimen Kota Bharu.

Menurutnya juga aktiviti mengagih diadakan di hadapan Pusat Khidmat Parlimen Kota Bharu, Pusat Khidmat DUN Bunut Payong, Pusat Khidmat DUN Kota Lama dan di Taman Kenangan bagi DUN Tanjong Mas. – HARAKAHDAILY 7/4/2024

- Advertisement -